Inherited will, the swelling of the changing times, and the dreams of people. These are things that cannot be stopped. As long as people seek the answer to freedom, these will never stop
Bloggers - Meet Millions of Bloggers
Showing posts with label bercerita. Show all posts
Showing posts with label bercerita. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Yang Termahal Yang Mustahil Orang Beli

            Chocolates ($1,500,000)

      Cell Phone ($1.3 Million)

              Hello Kitty ($163,000)

                           Pizza ($1,000)

                  Purse ($1.63 Million)

      Cricket Ball ($68,000)

             Tea Bag ($14,000)

jadi...cepat-cepatla kumpul duit beli menda-menda ni..hahah

Tuesday, February 15, 2011

Maulidurrasul:Kemuliaan Nabi

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Wallahu A'lam...renung-renungkan....

Saturday, January 15, 2011

jatuhnya Mustafa Kamal


Sejarah telah membuktikan kepada kita betapa dahsyatnya balasan Allah terhadap pemimpin sesebuah negara yang tidak beriman dan zalim seperti Firaun dan Namrud. Firaun mati lemas di tengah lautan sewaktu mengejar Nabi Musa a.s. dan para pengikutnya. Manakala Namrud yang menentang Nabi Ibrahim a.s. mati disebabkan oleh seekor nyamuk yang masuk ke dalam otaknya. Seorang lagi manusia durjana yang menerima pembalasan dahsyat daripada Allah s.w.t. sejak di dunia lagi ialah Mustafa Kamal Ataturk.

Setiap pemimpin zalim yang menentang Allah pasti menerima balasan di dunia lagi. Begitu jugalah dengan Kamal Ataturk. Kamal Ataturk memang terkenal sebagai seorang yang kuat minum arak, berjudi dan yang paling menjijikkan apabila dia juga seorang biseksual.

Walaupun Kamal Ataturk mati pada 10 November 1938 tetapi beliau sudah mula diawasi oleh doktor peribadinya yang mengikut ke mana saja ia pergi sejak 19 Mei 1919 lagi. Sejak dari tarikh ini kesihatan Kamal Ataturk mula terganggu. Beliau pernah diserang penyakit kelamin, malaria dan buah pinggang. Bukan setakat itu saja, malah pelbagai jenis penyakit aneh menyerangnya. Walaupun begitu, Kamal Ataturk masih gemarkan maksiat hingga di penghujung hayatnya. Gemar pergi ke kasino dan parti serta terus memburu wanita walaupun sudah tiada kemampuan seks.

Menjelang tahun 1937, telah berlaku perubahan fizikal yang amat ketara pada tubuh badannya. Beliau menjadi lebih cepat letih dan penat, wajahnya pucat, kuning, sering sakit kepala, demam dan cepat marah. Beliau takut tinggal keseorangan dan sangat marah apabila dibiar bersendirian. Beliau juga mula diserang perasaan takut kehilangan kuasa, selalu mengeluh kebosanan dan merasakan dirinya terpenjara. Kulit ditubuhnya berkedut dengan cepat serta diganggu pula dengan penyakit gatal-gatal. Para doktor sudah memberi bermacam jenis krim untuk disapu pada kakinya yang calar balar dan luka akibat digaru oleh kukunya. Sebelum tiba saat matinya, dia dibelasah hebat oleh berbagai bala' yang diturunkan Allah. Beliau sudah tidak berdaya lagi, demam, kulit kekuningan, gatal, darah tinggi, luka pada saluran darah di hati, urat saraf di bahagian perutnya membengkak, pendarahan dalam tubuh dan semua uratnya timbul dan bengkak.

Menjelang tahun 1938, seluruh badannya tidak berfungsi. Keadaan tidak berubah walaupun didatangkan doktor pakar dari Perancis. Penyakit yang dideritainya menyebabkan terkumpulnya cecair di perut, buah zakar dan zakarnya. Rupa Kamal Ataturk menjadi hodoh dan mengerikan. Beliau merasa sangat panas walaupun ketulan ais diletakkan di badannya. Malah bomba dipanggil untuk menyemburkan air ke dinding biliknya. Bila penyakitnya bertambah kronik, beliau tidak dapat menahan diri daripada terjerit-jerit. Jeritannya sangat kuat menahan seksa sehingga kedengaran ke kawasan sekitar.

Akhirnya pada 29 September 1938, Kamal Ataturk mengalami koma selama 48 jam. Pada 9 November, dia mengalami koma kali kedua dan pada waktu inilah air dalam perutnya disedut keluar. Beliau terus tidak sedarkan diri sehinggalah nyawanya direntap oleh 'Izrail.


Cara kematiannya begitu menghinakan dan begitu juga selepas kematiannya. Sebenarnya mayat Kamal Ataturk tidak pernah dikebumikan. Setiap kali hendak dikebumikan, mayatnya dimuntahkan semula oleh bumi. Bumi tidak mahu menerima mayat manusia durjana ini. Lima belas tahun kemudian iaitu pada tahun 1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit di Ankara. Bukit Rasat-Tepe dipilih untuk menempatkan 44 tan batu mar-mar di bahagian atas sementara mayat Kamal Ataturk di bahagian bawah binaan dua tingkat itu.

Inilah akibat menentang kebenaran. Kebenaran itu dari Allah. Sesiapa yang menentang Allah akan musnah dan bentuk kemusnahan itu kadangkala tidak terfikir oleh manusia.

Oleh itu, marilah sama-sama kita renung2kn.....wassalam...

yang laen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...